Thursday, November 29, 2012

jodoh itu rahsia Allah...

salam semua,

semakin usia meningkat semakin banyak pertanyaan bermain di naluri tentang hidup diri sendiri. Hidup kadang2 indah kadang2 berubah, membuat kita lebih matang atau sebaliknya.

sering ditanya tentang jodoh pada kita, "bila la mahu tamatkan zaman bujang?, umur makin tua jangan sampai jd anak dara tua."jodoh pada saya tidak dapat dijangka dan sukar untuk diberi jawapan...kalau saya tahu bila jodoh saya mudah untuk menjawab...kadang2 tidak faham dengan orang2 yang ada dengan kita...tidakkah mereka tahu jodoh, ajal, Rezeki,  itu rahsia Allah yang kita tidak perlu susah2 untuk meramal benda yang sudah pasti.

tidak perlu persoalkan bila jodoh kita?siapa?dan bagaimana?...semua sudah tertulis disana hanya diri kita sahaja yang mungkin belum siap untuk jodoh kita jadi dilambatkan sedikit agar kita boleh mencari diri, menambahkan ilmu didada supaya kita boleh menrima jodoh yang telah Allah siapkan.

jodoh itu walau seluas dunia kita menjelajah untuk mencarinya jika belum diperkenan dari Allah, tidak akan sampai pada kita...tapi jika sdh diperkenankan dan ditulis jodohmu sudah sampai dimana sahaja kita berada pasti kita jumpa. Sabarlah, kerana Allah suka pada orang yang sabar...carilah sebanyak ilmu didada untuk persiapkan dirimu menjadi isteri dan suami yang baik.

jadi lah Hamba yang sentiasa bersabar atas ujian dari Allah dan ingatlah Jodoh, Maut, Rezeki semua Allah yang tentukan kita hanya perlu berdoa, berusaha dan berserah padanya.

kepada makcik2 yang risau pasal anaknya belum bernikah jangan risau biar Allah yang tentukan segalanya.

sekian,
wassalam

No comments:

Post a Comment